Tuesday, 31 January 2017

Bagaimana nak lukis kartun serangga (ladybird) dengan Adobe Illustrator? (Step by step) (Siri 3)

Jom kita teruskan tutorial dengan langkah no. 8.
 
Tutorial sebelum ini (siri 2) boleh dibaca di
http://ihsansartbm.blogspot.my/2017/01/bagaimana-nak-lukis-kartun-serangga_31.html 
 

- 8 -

Apabila kita mahu melukis bentuk bujur, kita akan memerlukan Ellipse Tool. Bentuk bujur yang akan muncul buat pertama kali berkemungkinan tidak mempunyai warna sama sekali, sama ada di dalam bentuk bujur itu atau pada garisan luarnya. Apa yang tertera adalah garisan biru (jika di select) dan garisan itu akan hilang jika tidak diselect/klik. Ini berlaku kerana bentuk bujur itu belum dimasukkan warna dan garisan biru itu hanyalah berfungsi sebagai guide kepada kita. 

Apabila perkara ini berlaku kepada anda, anda perlu memasukkan warna berdasarkan 
langkah no. 7 di dalam tutorial sebelum ini. Saya memilih untuk mewarnakan garisan 
luar bentuk bujur ini dengan warna hitam.(sila lihat contoh di bawah)




- 9 -
Menggunakan Adobe Illustrator untuk melukis memerlukan ketepatan dan simetri dan kerana itulah kita memerlukan satu tool lain iaitu 'Ruler'. Di mana kita nak cari tool yang penting ini?  

Sila ikuti langkah ini. Di bahagian atas page kita itu kita cari perkataan 'View'. Klik perkataan itu dan akan muncul senarai lain yang boleh dipilih. Cari dan pilih 'Show Rulers'. (sila lihat contoh di bawah)


 
  

Selepas anda memilih 'Show Rulers', Ruler Tool akan muncul dan anda sudah boleh 
menggunakannya untuk melakukan kerja anda seterusnya. Di mana letaknya tool tersebut? Letaknya di tepi kiri page kita. (sila lihat contoh di bawah)
 


Sekarang, kita teruskan dengan lukisan kita. Select bentuk bujur kita tadi dan di atas bentuk bujur kita itu akan muncul 5 kotak kecil berwarna biru. Ianya merupakan guideline untuk membantu kerja kita itu supaya menjadi lebih tepat dan kemas. (sila lihat contoh di bawah)


Sekarang, bagaimana mahu menggunakan Ruler? Kita akan sambung selepas ini..


Akan bersambung..

Sambungan siri ini boleh diikuti di:

No comments:

Post a Comment