Wednesday, 1 February 2017

Bagaimana nak lukis kartun serangga (ladybird) dengan Adobe Illustrator? (Step by step) (Siri 4)

Anda boleh ikuti tutorial sebelum ini (siri 3) di:  
http://ihsansartbm.blogspot.my/2017/01/bagaimana-nak-lukis-kartun-serangga_63.html


Kita sambung tutorial hari ini dengan cara menggunakan ruler/pembaris. Daripada Rulers Tool, anda akan mendapat guides line (warna biru) dan ianya berfungsi untuk membantu anda di dalam melakukan kerja anda (supaya lebih tepat dan kemas). Anda boleh lihat gambar yang saya sertakan di bawah ini untuk lebih mudah memahaminya.
  
Kembali kepada tutorial kita, untuk menggunakan/mendapatkan guides line itu, anda perlu menariknya daripada Rulers Tool yang berada di sebelah kiri page. Namun sebelum menariknya, anda perlu select/klik lukisan bujur yang anda lukis sebelum ini. Anda akan dapat lihat kotak kecil berwarna biru sebagaimana yang anda dapat lihat di dalam tutorial sebelum ini (pelajaran no. 9). Apa yang perlu dilakukan? Anda hanya perlu meletakkan guides line itu di tengah-tengah lukisan bujur tersebut. 5 kotak kecil berwarna biru itu berfiungsi sebagai panduan untuk meletakkan guides line betul-betul berada di tengah-tengah lukisan bujur tersebut. (lihat gambar di bawah)






Sekarang, kita perlu melukis satu garisan di tengah lukisan bujur tersebut.Untuk melakukan perkara ini, kita perlukan Pen Tool. Di manakah letaknya tool tersebut? (lihat panduan di bawah ini).



Selepas mendapatkan Pen Tool, apa yang perlu kita lakukan sekarang ialah memilih/choose tool tersebut dan gunakannya untuk membuat garisan yang kita kehendaki.




Selepas membuat satu garisan (garisan itu perlu diwarnakan dengan warna hitam dengan menggunakan Color palette) gunakan Ellipse Tool untuk membuat satu lagi lukisan bujur tetapi kali ini warnakan bentuk bujur yang baru itu dengan warna hitam. Selepas itu, letakkan lukisan bujur yang baru itu di dalam lukisan bujur yang lebih besar. Letakkannya di sebelah kiri. (lihat di bawah).



Langkah seterusnya, select/klik lukisan bujur (hitam) itu dengan menggunakan cursor (anak panah berwarna hitam). (contoh di bawah)


Untuk sesi ini, kita cuma perlu menggunakan cursor (anak panah berwarna hitam sahaja). Cursor yang berwarna putih itu mempunyai fungsi yang tersendiri yang mungkin akan kita bincangkan bila tiba masanya nanti. 

Gunakan cursor berwarna hitam itu untuk select/klik bentuk bujur (hitam). Pergi ke bahagian atas page dan cari/pilih perkataan 'Edit' dan pilih perkataan 'Copy'. (lihat contoh di bawah)





Pergi ke bahagian atas page sekali lagi dan cari/pilih perkataan 'Edit' dan pilih perkataan 'Paste' (lihat di bawah)


Anda akan mendapat satu lagi lukisan bujur berwarna hitam yang sama bentuk dan saiznya dengan lukisan bujur hitam sebelum ini. Letak lukisan bujur yang baru itu di sebelah lukisan bujur hitam yang lama (di sebelah kanan pula).


Akan bersambung.. 

Ikuti sambungan tutorial ini di:  

No comments:

Post a Comment