Thursday, 9 February 2017

Cara mudah melukis pensil menggunakan Adobe Illustrator (video)

Saya baru menyiapkan satu video tutorial mudah - Cara mudah melukis pensil menggunakan Adobe Illustrator.
  
 

Video ini menunjukkan betapa mudahnya melukis sesuatu yang bersimetri mudah (berasaskan garisan, bulatan dan segi-segi) seperti alat tulis dan sebagainya.

Seperti biasa, saya suka menunjukkan sesuatu yang bersifat asas untuk kemudahan artis/bakal artis yang baru berjinak-jinak dalam bidang lukisan digital. Apapun, asas-asas inilah yang akan menjadi tapak kukuh kepada mereka (juga kepada mereka yang lain yang berminat di dalam bidang ini).

Perkara utama adalah bakat dan perkara yang tidak kurang pentingnya juga adalah minat yang mendalam dan kemahuan yang kuat. Saya pernah satu ketika dahulu diberikan seorang 'pelatih' yang tidak boleh melukis untuk diserapkan sebagai pelukis di sebuah Publisher. Walaupun asalnya mempunyai lukisan yang sangat tidak menyakinkan tetapi dia akhirnya berjaya melukis dengan baik selepas 3 bulan berusaha dengan gigih (lukisan yang saya maksudkan di sini adalah lukisan manual).

Maka itu, jangan rasa rendah diri dan tidak yakin jika lukisan kita masih belum bagus tetapi belajarlah untuk memperbaiki diri dengan rendah hati dan tekun berusaha. Sememangnya, lagi banyak kita belajar, lagi banyak yang kita tidak tahu.

Terima kasih atas sokongan semua...

No comments:

Post a Comment