Tuesday, 31 January 2017

Asas dan Tips melukis komik bersama ihsansart(bm) - siri 3



Sambungan dari siri 2 - 
http://ihsansartbm.blogspot.my/2017/01/asas-melukis-komik-bersama-ihsansartbm_31.html 


Apakah lagi senarai benda-benda atau perkara yang kita perlu ada sebagai asas untuk melukis sebuah komik?

 - 2 -

Kita sudah selesai dengan pen dan pensil. Bahan penting yang kedua adalah kertas.   
Untuk melukis atau melakar komik memerlukan kertas yang sesuai. Kertas yang sesuai dan biasa digunakan adalah kertas putih A4 (yang biasa digunakan untuk fotostat dan printing). 

Sebaik-baiknyanya, carilah kertas yang agak berjenama, berkualiti dan agak tebal
Mungkin harganya lebih mahal daripada kertas biasa tetapi kertas yang berkualiti akan lebih tahan lasak dan akan memudahkan kerja melukis kita nanti.




Contoh kertas A4 untuk kegunaan melukis/melakar


 - 3 -

Tempat untuk melukis penting kepada seorang pelukis komik. Cari sebuah kerusi dan meja yang selesa untuk melukis. Ketinggian kerusi dan meja perlu sesuai dengan susuk tubuh dan struktur tubuh serta keselesaan pelukis. Melukis adalah aktiviti yang melibatkan banyak masa (kadangkala sehingga sehari suntuk) dan penting untuk menjaga kedudukan badan semasa melukis supaya tidak memudaratkan diri sendiri. 
*Saya pernah menjalani fisioterapi selama 6 bulan kerana masalah ini (kisah benar).


 - 4 -

Oleh kerana kita sedang dalam proses melukis manual dan digital, tentunya kita memerlukan sebuah komputer! :)

Komputer perlu mempunyai kelajuan dan RAM yang sesuai untuk kerja grafik/melukis.   
Seperti yang diketahui umum, kerja grafik (walaupun bukan kerja web dll) memerlukan komputer yang agak 'power' dan ruang storan yang besar untuk menyimpan kerja-kerja yang sedang dilakukan dan yang sudah siap sepenuhnya. 

Contoh spesifikasi sesuai bagi komputer:
Apa saja jenis komputer - Di dalamnya sekurang-kurangnya Intel Core i3-3240 CPU @ 3.40ghZ, 4.0GB RAM, AMD Radeon HD 5450 

Ada 2 kemungkinan utama apabila tidak menggunakan komputer yang sesuai:
(a) Komputer jadi lambat 
(b) Komputer terus 'Hang'! 


Ikuti siri ke-4 di:


   Akan bersambung..

No comments:

Post a Comment