Anda boleh ikuti tutorial bahagian 1 di:
http://ihsansartbm.blogspot.my/2017/01/bagaimana-nak-lukis-kartun-serangga.html
Kita sambung dengan langkah nombor 5.
- 5 -
Apabila kita sudah ada 'kanvas' untuk melukis, tentu saja kita memerlukan alatan untuk melukis. Di dalam Adobe Illustrator, alatan ini dipanggil 'Tool'. Kebiasaannya, ia akan muncul di sebelah kiri page apabila kita membuka software ini. Jika tidak ada di situ, kita perlu mencarinya secara manual. Pergi ke bahagian atas page kita itu, cari perkataan 'Window'. Klik 'Window' dan pilih 'Tools' dan Tools akan terpapar di sebelah kiri page.
- 6 -
Sekarang, kita pergi kepada 'Tool'. Oleh kerana kita perlu melukis bulatan maka kita perlu pilih ikon Ellipse Tool (tool bulatan). Akan tetapi, biasanya ikon yang ada di 'Tool' adalah ikon Rectangle Tool (tool empat segi)(contoh di bawah) dan ikon Rectangle Tool khusus untuk membuat garisan empat segi sahaja.
Untuk membuat lukisan bulatan memerlukan Ellipse Tool dan untuk mendapatkannya, kita perlu menekan cursor (anak panah berwarna hitam) kepada Rectangle Tool, jangan lepaskannya sehingga satu paparan baru muncul di bawahnya. (sila lihat contoh di bawah ini).
- 7 -
Dah dapat? Klik Ellipse Tool dan gunakannya untuk membuat satu bulatan bujur.
Untuk meletakkan warna kepada bulatan itu, sila select atau klik di atas bulatan itu.
Pergi semula ke bahagian atas page, cari Window dan pilih Color. (lihat gambar di bawah)
Pergi semula ke bahagian atas page, cari Window dan pilih Color. (lihat gambar di bawah)
Satu palette akan muncul (seperti di bawah).
Bagaimana mahu menggunakannya? Kita hanya perlu select atau klik bulatan kita tadi dan kita boleh memilih sama ada mahu mewarnakan garisan luarnya sahaja atau mahu mewarnakan bahagian dalam bulatan tersebut. Caranya, kita hanya perlu select atau klik lukisan bulatan kita tadi dan pilih kotak kecil di dalam colour palette.
Untuk mewarnakan garisan luar, kita cuma perlu menekan kotak yang berbentuk bingkai gambar itu dan pilih warna apa yang kita kehendaki di bahagian bawah palette dan begitulah sebaliknya, kotak yang mempunyai garisan merah di dalamnya itu khusus untuk mewarna di bahagian dalam lukisan kita.
Untuk mewarnakan garisan luar, kita cuma perlu menekan kotak yang berbentuk bingkai gambar itu dan pilih warna apa yang kita kehendaki di bahagian bawah palette dan begitulah sebaliknya, kotak yang mempunyai garisan merah di dalamnya itu khusus untuk mewarna di bahagian dalam lukisan kita.
Akan bersambung..
Sila klik link di bawah untuk sambungan siri ke 3
No comments:
Post a Comment