Tuesday, 31 January 2017

Asas melukis komik bersama ihsansart(bm) - siri 2


Sambungan dari siri 1 - http://ihsansartbm.blogspot.my/2017/01/asas-melukis-komik-bersama-ihsansartbm.html


Senarai benda-benda yang anda perlu ada sebagai asas melukis komik:

Pensil dan pen yang sesuai. Pensil untuk melakar dan pen pula untuk menyudahkan lakaran.
  

 

Pensil biasa dan pensil tekan/mekanikal

Kita boleh menggunakan pensil yang sesuai dan selesa dengan diri masing-masing. 
Mungkin ada yang suka menggunakan pensil biasa tetapi ada juga yang gemar menggunakan pensil tekan/mekanikal. Terpulang kepada diri sendiri, tepuk dada tanya selera.


Pen yang biasa digunakan untuk melukis komik

Gambar di atas adalah contoh pen yang biasa digunakan untuk melukis kartun dan komik oleh pelukis profesional. Jika dilihat di bahagian bawahnya, kelihatan nombor-nombor yang bermula dari 0.1 hinggalah kepada nombor 0.8. Ianya menunjukkan ketebalan mata pen tersebut. Kita boleh lihat contoh di bawah ini:
 Sebelah kiri ketebalan matanya adalah 0.1 dan sebelahnya pula 0.8


     Apa pentingnya ketebalan mata pen yang berbeza itu?




 Sebelah kiri ketebalan matanya adalah 0.1 dan sebelahnya pula 0.8


Dalam proses melukis komik, sama ada melukis karektor atau latar belakang, ketebalan mata pen ini memainkan peranan penting dalam menunjukkan kekemasan lukisan itu sendiri. Lukisan akan nampak lebih profesional dan tidak comot. Di bawah ini saya beri contoh lakaran yang menggunakan 2 pen yang berbeza ketebalan matanya.


Penggunaan pen yang berbeza saiz matanya ini bukan hanya terhad kepada 0.1 dan 0.8 sahaja. Boleh saja menggunakan saiz mata yang lain juga. Gabungan mata pen ini bukan sahaja boleh dibuat antara 2 pen malahan boleh sahaja digabungkan sehingga 3 jenis mata pen. Asal saja ianya kelihatan kemas dan sesuai, terpulang kepada anda sendiri untuk menentukannya.


Tips: Gunakan pen yang tebal matanya untuk garisan luar dan yang kurang tebal matanya itu lebih sesuai untuk digunakan sebagai garisan dalaman.

  Akan bersambung..

Bersambung ke siri 3:

No comments:

Post a Comment