Tuesday, 31 January 2017

Asas melukis komik bersama ihsansart(bm) - siri 1




Suka melukis komik tetapi tertanya-tanya tentang caranya? Minat tapi tak tahu macam mana nak bermula? Jom kita berkongsi pengalaman dan pengetahuan di blog ini. Penulisan ini ditujukan kepada mereka-mereka yang baru atau mahu belajar asas-asas melukis komik. Bukan untuk mengajar tetapi untuk sama-sama belajar.

Pertamanya tentu sahaja kena tahu melukis. Keduanya perlu peralatan untuk melukis.

Saya senaraikan di sini apa yang perlu ada untuk menghasilkan komik, komik yang akan dihasilkan ini menggunakan medium campuran antara manual dan digital (tangan dan komputer)

Ini benda-benda yang perlu ada sebagai asas:

  
- 1 -

Pensil dan pen yang sesuai. Pensil untuk melakar dan pen pula untuk menyudahkan lakaran.


Contoh lukisan berasaskan pen yang sedia untuk diwarnakan
  

   Saya berikan contoh lakaran yang sudah di'ink'kan. Maksudnya, lukisan lakaran pensil 
   yang sudah dilukis dengan pen. Terpulang kepada citarasa masing-masing tetapi saya 
   suka menggunakan jenama faber castell daripada pensil, pemadam, pen sehinggalah 
   kepada pembaris. Pen pula boleh dipilih ketebalan matanya daripada 0.1 - 0.8. Untuk 
   lakaran pensil, boleh gunakan mata pensil yang kurang hitam, contohnya HB dan yang 
   seangkatan dengannya. Sebabnya? Supaya mudah dipadamkan selepas di'ink'kan.

  Akan bersambung..

Anda boleh membaca sambungan siri ke 2 di link ini:
http://ihsansartbm.blogspot.my/2017/01/asas-melukis-komik-bersama-ihsansartbm_31.html

No comments:

Post a Comment