Tuesday, 10 October 2017

Dapatkan Wallpaper PERCUMA! (Update)

Anda inginkan Wallpaper percuma? Jom dapatkannya.. Memang percuma!

Sila tekan link di bawah untuk mendapatkannya.
 Wallpaper Percuma


Contoh:








Wallpaper akan ditambah semasa ke semasa.

Terima kasih...

Tuesday, 3 October 2017

Asas dan Tips melukis komik bersama ihsansart(bm) - siri 5



Sambungan dari siri 4 -  https://ihsansartbm.blogspot.my/2017/02/asas-dan-tips-melukis-komik-bersama.html



Kita sambung tutorial/perkongsian kita. Apa lagi perkara/benda yang perlu ada untuk melukis komik?



-6

Kita perlu benda-benda yang melengkapkan peralatan melukis kita. Ada benda-benda yang dianggap kecil tetapi sangat penting dalam proses melukis. Sekali lagi saya tegaskan, tutorial/perkongsian ini adalah untuk mereka yang baru berjinak-jinak dengan lukisan atau lebih dikenali sebagai beginner. Oleh sebab itu, saya mendetailkan asas-asas sebegini.

Kembali kepada topik, perkara/benda yang perlu ada adalah:

Pembaris - Biasanya kita hanya menggunakan pembaris asas tetapi ada juga pembaris yang berbentuk lengkung. Ada juga yang mempunyai bentuk bulat dan bujur dan semuanya ini diperlukan dalam situasi tertentu. Mungkin ada yang menamakan pembaris-pembaris yang saya sebutkan di atas dengan nama yang berbeza, itu tidak menjadi masalah kerana apa yang penting adalah mengenali dan mengetahui bentuk pembaris tersebut dan cara-cara menggunakannya. Sila lihat gambar-gambar contoh di bawah.

 
Pembaris biasa


Pembaris lengkung

 


 Pembaris yang mempunyai bentuk oval





 Pembaris yang mempunyai bentuk bulat




Pemadam dan pengasah pensil/pisau lipat - Alatan lain adalah pemadam dan pengasah pensil/pisau lipat. Kalau boleh, carilah pemadam yang berkualiti dan dust free. Nampak macam perkara remeh tetapi pemadam yang baik (sederhana lembut teksturnya) dan dust free akan nampak kegunaannya apabila kita selesai melakar dan melukis dalam kuantiti yang banyak. 
 
 
 
  Pemadam yang saya gunakan
 
 
Tentang pengasah pensil pula. Sejak dahulu lagi saya suka menggunakan pisau lipat untuk mengasah pensil. Apapun, terpulang kepada keselesaan masing-masing dan tentu sahaja kita perlu sangat berhati-hati dalam menggunakan alatan tajam seperti ini. Safety first!



Pengasah pensil

 
  Contoh pisau lipat
 .


Akan bersambung...