http://ihsansartbm.blogspot.my/2017/02/bagaimana-nak-lukis-kartun-serangga_28.html
Jom kita sambung melukis ladybird.
Sekarang, kita perlu mencantumkan kepala dan badan ladybird yang terpisah itu supaya menjadi satu (lihat langkah di bawah)
Kita perlu menyusun lukisan kita itu dengan meletakkan kepala ladybird ditindih oleh badannya.Di dalam Adobe Illustrator, lukisan kita boleh diletakkan di bawah atau di atas lukisan/objek lain. Untuk melakukannya, kita cuma perlu pergi ke bahagian atas page kita dan cari Object, klik dan kemudian pilih Arrange dan anda boleh memilih sama ada Bring to Front dll. Maksudnya, untuk meletakkan badan ladybird menindih kepalanya, kita perlu select/klik badan ladybird dan pilih Bring to Front dan secara automatik badan ladybird akan menindih/berada di atas kepalanya.
Ianya akan mengikut apa yang anda kehendaki namun perlu diingat, sebelum memilih tool apapun di dalam Adobe Illustrator pastikan anda klik/select objek/lukisan yang dikehendaki terlebih dahulu. Saya sertakan rajah proses ini di bawah untuk rujukan.
Ianya akan mengikut apa yang anda kehendaki namun perlu diingat, sebelum memilih tool apapun di dalam Adobe Illustrator pastikan anda klik/select objek/lukisan yang dikehendaki terlebih dahulu. Saya sertakan rajah proses ini di bawah untuk rujukan.
Sekarang, kita akan masuk kepada proses seterusnya iaitu melukis kaki ladybird.
Kita mulakan dengan melukis satu bulatan. Kemudian kita perlu select/klik bulatan tersebut (lihat di bawah).
Kemudian, pergi kepada kotak Tool dan pilih Direct Selection Tool (A) (lihat di bawah)
Gunakan Direct Selection Tool dan Klik kotak kecil di dalam bulatan merah (sebagaimana contoh di bawah). Klik sehingga kotak kecil itu bertukar warna menjadi biru (sebagai maklumat, bulatan merah itu tidak wujud dan saya melukisnya hanya untuk memudahkan pemahaman dan sebagai panduan sahaja).
Sekarang, tekan butang kekunci Delete di keyboard anda. Result ini sepatutnya akan terpapar (lihat di bawah).
To Be Continue...