Tuesday, 28 February 2017

Bagaimana nak lukis kartun serangga (ladybird) dengan Adobe Illustrator? (Step by step) (Siri 9)

Anda boleh lihat tutorial no. 8 di:  
http://ihsansartbm.blogspot.my/2017/02/bagaimana-nak-lukis-kartun-serangga_21.html 



Jom kita sambung melukis sesungut di kepala ladybird.


Kita memerlukan satu lagi sesungut. Jika anda mengikuti tutorial sebelum-sebelum ini, saya percaya anda tidak akan ada masalah untuk meneruskan tutorial ini. :)

Tips: Selalu gunakan guideline sebagai panduan semasa melukis di dalam Adobe Illuastrator.





Select/klik sesungut yang berwarna hitam. Copy dan Paste sesungut tersebut dan anda akan mendapat tambahan satu lagi sesungut. Letak sesungut baru itu di sebelah sesungut yang lama (lihat contoh di bawah).



 


Sekarang masanya untuk anda menggunakan Reflect Tool. Apa kegunaan tool ini? Jom kita buat praktikal. Select/klik sesungut yang baru kemudian kita perlu pilih Reflect Tool.

Bagaimana? Jumpa tak tool itu? Kalau anda tak jumpa tool itu, mungkin kerana ianya tersorok di bawah Rotate Tool. Kalau ini berlaku, cuba klik Rotate Tool tersebut dan jangan angkat jari anda dari mouse sehingga Reflect Tool muncul. Bila Reflect Tool muncul, klik tool tersebut sebanyak 2 kali dengan pantas dan satu kotak (Reflect Box) akan muncul (lihat di bawah). 

Perlu diingat, anda perlu select/klik sesungut yang baru itu sebelum menggunakan tool tersebut.







Tick Vertical dan tulis 90 pada Angle (lihat di atas). Anda akan mendapat 'resut' seperti di bawah.




To Be Continue...

Tuesday, 21 February 2017

Bagaimana nak lukis kartun serangga (ladybird) dengan Adobe Illustrator? (Step by step) (Siri 8)

Anda boleh lihat tutorial no. 7 di:  
http://ihsansartbm.blogspot.my/2017/02/bagaimana-nak-lukis-kartun-serangga_13.html


Kita sambung tutorial kita dengan melukis kepala ladybird.


Susun guideline sebagaimana gambar di bawah.





Kita perlu melukis sesungut ladybird. Untuk itu kita perlu menggunakan Pen Tool. Anda boleh mendapatkan tool ini di kotak Tool sebagaimana yang dicontohkan di bawah ini.



  
Lukis satu bentuk seperti segitiga (contoh di bawah). Lukis mengikut guideline yang telah disusun. Lukis menggunakan Pen Tool dan warnakan dengan warna hitam.



Letak lukisan segitiga di atas kepala ladybird.




 
 
Kita perlu memusing sedikit sesungut yang sudah berada di kepala ladybird. Untuk mendapatkan hasil yang baik dan tersusun dengan cantik, kita perlu membiasakan diri menggunakan ruler dan guideline. Sekarang, susun guideline sebagaimana yang dicontohkan pada lukisan kedua di atas.

Untuk menggunakan Rotate Tool, kita cuma perlu klik/select lukisan sesungut itu dan cari Rotate Tool di kotak Tool (contoh di atas). Pilih Rotate Tool dengan cara mengkliknya sahaja dan letak cursor berdekatan lukisan yang mahu dipusing dan gerakkan cursor sehingga kita berpuas hati dengan kadar 'sengetan' sesungut ladybird kita itu. Pusing sesungut itu dengan menggunakan Rotate Tool supaya sesungut itu menjadi senget ke arah kiri.


 
  Akan bersambung..

Monday, 13 February 2017

Bagaimana nak lukis kartun serangga (ladybird) dengan Adobe Illustrator? (Step by step) (Siri 7)

Anda boleh lihat tutorial no. 6 di:  
http://ihsansartbm.blogspot.my/2017/02/bagaimana-nak-lukis-kartun-serangga_11.html


Kita sambung tutorial kita dengan melukis kepala ladybird.


Apa yang perlu kita buat adalah, lukis satu bulatan yang kecil yang sesuai untuk bahagian kepala ladybird kita ini. Untuk memudahkan kita menganggar saiz yang sesuai, lukis bulatan itu di bahagian atas badan ladybird seperti rajah di bawah. 



Gunakan Ruler Tool, tarik guideline dan susun guideline tersebut sebagaimana yang ditunjukkan di bawah ini.





Sekarang, buat satu lukisan bujur (yang kecil) untuk lukisan mata ladybird. Letakkannya di sebelah kiri bulatan (lihat rajah di bawah)



Tambah guideline yang baru sebagaimana contoh di bawah. Lukis satu lukisan bujur yang lebih kecil dan warnakannya dengan warna hitam. Letakkan lukisan bujur berwarna hitam itu di dalam bulatan bujur berwarna putih, di sudut sebelah atas. (lihat contoh di bawah. Satu mata ladybird sudahpun siap.



 
Tambah guideline lagi sebagaimana contoh di atas. Select/klik mata ladybird itu (hitam dan putih)'Copy' dan 'Paste'. Anda akan mendapat satu lagi mata ladybird, sekarang letakkannya di sisi kanan mata yang sebelumnya. (lihat contoh di bawah)


 
To be continue..

Asas dan Tips melukis komik bersama ihsansart(bm) - siri 4


Sambungan dari siri 3 -  http://ihsansartbm.blogspot.my/2017/01/asas-dan-tips-melukis-komik-bersama.html



Kita sambung tutorial kita. Apakah perkara/benda yang perlu ada untuk melukis komik?



-5- 

Scanner. Kita memerlukan scanner untuk 'scan' lukisan yang sudah kita lukis dengan pen di atas kertas. Pelukis profesional, ramai yang menggunakan Wacom dan mereka tidak memerlukan scanner kerana dengan Wacom, mereka boleh melukis terus di dalam komputer.

Kembali kepada tutorial kita, untuk 'kerja' kita ini memadai kita menggunakan scanner yang biasa-biasa sahaja. Sebabnya, kita hanya perlu scan lukisan kita yang hanya ber'outline' sahaja. Untuk mendapatkan hasil scan yang baik, bersihkan kesan-kesan pensil sehingga lukisan kita bersih dan kemas.




Lukisan di atas adalah contoh lukisan 'manual' yang sudah siap di'scan'.


Untuk kemudahan semua, saya sertakan di bawah ini 'setting' yang sesuai untuk scan lukisan yang hanya berbentuk outline (belum diwarnakan). Apa yang tunjukkan di bawah ini adalah setting minimum scanner.
Akan bersambung...

Saturday, 11 February 2017

Bagaimana nak lukis kartun serangga (ladybird) dengan Adobe Illustrator? (Step by step) (Siri 6)

Anda boleh ikuti tutorial no. 5 di:  
http://ihsansartbm.blogspot.my/2017/02/bagaimana-nak-lukis-kartun-serangga_6.html

Kita sambung kembali tutorial kita.

Pada Scale Tool, klik Uniform dan ubah Scale daripada 100 kepada 85. Tujuannya untuk mengecilkan lukisan tersebut. (lihat di bawah)



Kedua-dua bentuk bujur yang baru itu akan menjadi lebih kecil. Apa yang perlu dilakukan selepas itu adalah, klik kedua-dua bentuk bujur yang baru yang sudah mengecil itu dan ulangi proses 'Copy'dan 'Paste' seperti yang telah ditunjukkan di dalam tutorial sebelum ini.

Anda akan mendapat 6 bentuk bujur berwarna hitam. Sekarang, susun bentuk bujur berwarna hitam itu sebagaimana yang ditunjukkan oleh lukisan di bawah ini.


Nah, sekarang kita sudah dapat bentuk badan ladybird yang separuh siap. Kini, kita akan melukis kepalanya pula..



To be continue.. 

Anda boleh lihat sambungan tutorial ini di: 

Thursday, 9 February 2017

Cara mudah melukis pensil menggunakan Adobe Illustrator (video)

Saya baru menyiapkan satu video tutorial mudah - Cara mudah melukis pensil menggunakan Adobe Illustrator.
  
 

Video ini menunjukkan betapa mudahnya melukis sesuatu yang bersimetri mudah (berasaskan garisan, bulatan dan segi-segi) seperti alat tulis dan sebagainya.

Seperti biasa, saya suka menunjukkan sesuatu yang bersifat asas untuk kemudahan artis/bakal artis yang baru berjinak-jinak dalam bidang lukisan digital. Apapun, asas-asas inilah yang akan menjadi tapak kukuh kepada mereka (juga kepada mereka yang lain yang berminat di dalam bidang ini).

Perkara utama adalah bakat dan perkara yang tidak kurang pentingnya juga adalah minat yang mendalam dan kemahuan yang kuat. Saya pernah satu ketika dahulu diberikan seorang 'pelatih' yang tidak boleh melukis untuk diserapkan sebagai pelukis di sebuah Publisher. Walaupun asalnya mempunyai lukisan yang sangat tidak menyakinkan tetapi dia akhirnya berjaya melukis dengan baik selepas 3 bulan berusaha dengan gigih (lukisan yang saya maksudkan di sini adalah lukisan manual).

Maka itu, jangan rasa rendah diri dan tidak yakin jika lukisan kita masih belum bagus tetapi belajarlah untuk memperbaiki diri dengan rendah hati dan tekun berusaha. Sememangnya, lagi banyak kita belajar, lagi banyak yang kita tidak tahu.

Terima kasih atas sokongan semua...

Monday, 6 February 2017

Bagaimana nak lukis kartun serangga (ladybird) dengan Adobe Illustrator? (Step by step) (Siri 5)

Anda boleh ikuti tutorial no. 4 di:  
http://ihsansartbm.blogspot.my/2017/02/bagaimana-nak-lukis-kartun-serangga.html 


Kita sambung tutorial kita..

Select/klick bentuk bujur (hitam) sekali lagi. kemudian, pergi ke bahagian atas page anda dan klik  'Edit' seterusnya pilih perkataan 'Copy' (lihat rajah di bawah) dan 'Paste'.


Tujuannya supaya anda mendapat 4 bentuk bujur (hitam) . Letakkan 2 bentuk bujur (hitam) yang baru itu di bahagian atas bentuk bujur (hitam) yang lama (jangan bertindih). (anda boleh lihat contoh di bawah)


Tips: Untuk select/klik lebih dari satu benda secara serentak memerlukan akan menekan butang 'Shift' pada keyboard komputer.

Caranya:  Anda perlu klik bentuk bujur pertama selepas itu anda perlu tekan butang 'Shift'. Jangan lepaskan butang 'Shift' sehingga anda klik bentuk bujur yang kedua. dengan cara ini, anda akan dapat select lebih dari satu benda serentak.


Sekarang masanya untuk anda menggunakan Scale Tool. Apakah fungsi Tool ini? Ianya berfungsi untuk membesar dan mengecilkan sesuatu. Anda boleh lihat kedudukan tool ini pada rajah di bawah.


Select/klik bentuk bujur hitam (yang baru) kemudian klik Scale Tool dua kali (secara pantas) dan hasilnya satu kotak bertulis Scale di atasnya akan muncul. (lihat di bawah)




Akan bersambung..